Peluang untuk meneruskan pembelajaran ke tahap universiti terbuka kepada semua orang dan tidak semestinya semua program pengajian memerlukan anda memenuhi syarat-syarat yang sama.
Oleh itu, salah satu tindakan penting selepas mendapat keputusan SPM ialah melakukan penyelidikan tentang pelbagai jenis institusi dan kursus pengajian yang tersedia di Malaysia. Jom kita lihat apakah keputusan yang diperlukan untuk melayakkan diri untuk kursus yang anda inginkan.
Hanya warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (Permanent Resident) yang mempunyai nombor kad pengenalan atau MyKad sahaja yang layak untuk memohon masuk IPTA di Malaysia. Untuk pelajar yang bukan warganegara pula, permohonan perlu dibuat secara terus kepada Universiti Awam yang berkaitan.
Berikut adalah destinasi untuk para pelajar lepasan SPM dan juga kelayakan yang diperlukan untuk setiap destinasi berkaitan.
Untuk masuk Universiti Awam atau IPTA, seorang lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C (Kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jika anda gagal Bahasa Melayu dalam SPM, jangan putus asa. Keputusan Kepujian dalam Bahasa Melayu dari SPM Ulangan (SPMU) juga diambil kira.
Matrikulasi merupakan salah satu pilihan program pra-universiti yang membantu para pelajar lepasan SPM bersedia untuk melangkah masuk alam universiti. Terdapat empat jurusan utama yang ditawarkan kepada pelajar Matrikulasi. Terdapat program yang bertempoh dua semester atau empat semester.
Sebelum kita melihat keperluan setiap jurusan secara terperinci, berikut adalah syarat am untuk masuk program Matrikulasi:
Sekarang, kita lihat pula syarat kemasukan dan keperluan keputusan SPM untuk jurusan-jurusan Matrikulasi yang ditawarkan di Malaysia.
Syarat Kelayakan Jurusan Sains Matrikulasi
C – Bahasa Melayu C – Bahasa Inggeris B – Matematik C – Matematik Tambahan / Add Maths C – Kimia C – Fizik atau Biologi Lulus – Sejarah
Syarat Kelayakan Jurusan Kejuruteraan Matrikulasi
C – Bahasa Melayu C – Bahasa Inggeris B – Matematik C – Matematik Tambahan / Add Maths C – Fizik Lulus – Kimia Lulus – Sejarah C – salah satu mata pelajaran berikut:
Syarat Kelayakan Jurusan Perakaunan Matrikulasi
C – Bahasa Melayu C – Bahasa Inggeris C – Matematik Lulus – Sejarah C – tiga mata pelajaran dari senarai berikut:
Syarat Kelayakan Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Matrikulasi (Bumiputera Sahaja)
C – Bahasa Melayu A – Bahasa Inggeris A – Matematik C – Matematik Tambahan Lulus – Sejarah Lulus – Ujian aptitud dan temuduga A – dalam tiga mata pelajaran dari senarai berikut:
Politeknik merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin mengejar masa depan dalam bidang-bidang teknikal kejuruteraan, teknologi maklumat, dan perdagangan. Terdapat dua jenis Politeknik di Malaysia iaitu:
Senarai Mata Pelajaran Yang Ditetapkan Untuk Kemasukan Politeknik
Lima mata pelajaran di atas merupakan keperluan asas untuk melayakkan diri ke Politeknik.
Di Malaysia, terdapat beberapa universiti dan pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh MARA yang dipanggil Institusi Pendidikan MARA (iPMA). Berikut adalah senarai iPMA:
Institusi-institusi di atas menawarkan pelbagai program pengajian termasuk Program Pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma, dan Ijazah Pertama.
Syarat kemasukan ke mana iPMA bergantung kepada program pengajian dan kursus yang dipilih.
Bagi pelajar yang lebih berminat dengan bidang kemahiran berbanding akademik, pilihan untuk menyambung pengajian dalam Program Teknikal dan Latihan Kemahiran adalah pilihan yang sangat baik. Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang anda boleh masuk dan syarat-syarat kelayakan untuk setiap institusi:
Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
Untuk keperluan akademik pula, syarat-syarat ditetapkan mengikut program pengajian dan kursus yang dipohon.
Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Bagi anda yang lebih cenderung terhadap aktiviti pertanian, anda boleh membuat permohonan untuk menyertai BLKP dan mendapatkan sijil Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK).
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
ILJTM ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Seperti yang dinyatakan, kursus-kursus ILJTM memberi fokus terhadap permintaan tenaga kerja dalam pelbagai industri yang wujud di Malaysia.
Berikut adalah syarat kemasukan ILJTM untuk lepasan SPM:
Walaupun pengajian Tingkatan 6 berlangsung di persekitaran sekolah, program ini merupakan salah satu program pengajian pra-universiti yang sangat berkesan untuk melayakkan anda ke universiti. Terdapat syarat am untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 dan syarat khusus mengikut bidang.
Syarat Khas Kelayakan Tingkatan 6 Mengikut Bidang Pengajian:
Bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
Sekolah Menengah Harian
Kolej komuniti di Malaysia ditubuhkan di Malaysia untuk memberi peluang kepada warganegara untuk mendapatkan latihan dan kemahiran. Satu keistimewaan kolej komuniti ialah keutamaan diberikan kepada penduduk setempat.Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan dan para graduan kolej komuniti boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di kolej komuniti, politeknik, atau institut pengajian tinggi lain.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk masuk kolej komuniti:
Terdapat ramai pelajar yang bercita-cita menjadi guru untuk menyampaikan ilmu dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan. Jika anda merupakan salah satu individu tersebut, jangan terlepas peluang untuk masuk Institut Pendidikan Guru (IPG).
Berikut adalah syarat kelayakan untuk masuk IPG:
Diploma PPUM merupakan satu pilihan yang baik untuk mereka yang berminat dengan bidang kejururawatan dan perubatan. Terdapat tiga program diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi, dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Para pemohon perlu memenuhi syarat am dan syarat akademik untuk melayakkan diri ke program Diploma PPUM.
Syarat Am Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia PPUM
Syarat Akademik Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia PPUM
C – Bahasa Melayu C – Bahasa Inggeris C – Matematik Lulus – Sejarah
Untuk Program Diploma Kejururawatan:
Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran ialah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Biologi).
Untuk Program Diploma Radiografi:
Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Fizik dan Biologi).
Untuk Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan:
Memperoleh kepujian atau C dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan kepada mata pelajaran Kimia dan Biologi).
Program pengajian A-Level merupakan salah satu pilihan untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan juga luar negara. Program ini boleh disamakan dengan Tingakatan 6 di negara UK. Terdapat pelbagai subjek yang boleh diambil dan para pelajar perlu mengambil minima 3 subjek dan maksima 4 subjek sahaja. Pelajar Malaysia diwajibkan untuk mengambil Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
Untuk melayakkan diri ke A-Level, anda perlu mendapat keputusan minima 5 kredit (gred C hingga A+) termasuk Bahasa Inggeris untuk menduduki A-Level. GCE O-Level juga diterima.
Pendidikan di luar negara merupakan impian ramai pelajar dan program International Baccalaureate merupakan salah satu cara untuk mengorak langkah ke alam pendidikan antarabangsa. Program ini ditadbir oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Hanya terdapat beberapa institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan awam yang menawarkan program IB.
Untuk institusi pendidikan swasta, pemohon perlu mendapat keputusan SPM tidak kurang dari A2 dalam semua subjek dan agregat kurang dari 10. Untuk institusi pendidikan awam pula, pemohon perlu mendapat semua A dalam SPM.
Sistem pendidikan di Malaysia tidak terhad kepada sistem awam sahaja. Terdapat banyak IPTS di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kursus merentasi bidang teknikal, kreatif, dan sosial. Tambahan pula, beberapa universiti swasta di Malaysia diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan membolehkan para graduan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Antara universiti swasta terkemuka di Malaysia ialah UOW Malaysia yang merupakan salah satu universiti dalam rangkaian global University of Wollongong yang berpusat di Australia.
UOW Malaysia menawarkan kursus-kursus pengajian dalam bidang bisnes, kejuruteraan, perundangan, dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman web UOW Malaysia untuk mendapatkan maklumat penuh tentang syarat-syarat kemasukan mengikut kursus yang dipilh.
Artikel ini telah menyediakan senarai destinasi lepasan SPM serta kelayakan yang diperlukan untuk anda memohon masuk ke destinasi-destinasi tersebut. Jelas sekali, peluang untuk melanjutkan pelajaran wujud untuk semua pelajar. Kita hanya perlu mencari institusi dan program yang sesuai dengan keputusan SPM yang diperoleh.
Pengakhiran fasa sekolah menengah dan penerimaan keputusan SPM bukan titk noktah dalam kehidupan. Sebaliknya, detik tersebut merupakan permulaan sebenar kita dalam mengorak langkah ke alam dewasa. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Share
CATEGORY
Education and Career